Tuesday 10 September 2013

Mahkamah Tangguh Keputusan Rayuan Kalimah Allah



Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menangguhkan kes rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Prosiding mahkamah yang bermula sekitar jam 9.45 pagi itu telah diketuai oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abdul Aziz Rahim dan Datuk Mohamed Zawawi Salleh.

Kes ini diteruskan berikutan keputusan Mahkamah menolak permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam bagi membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.




Murphy antara lain menuntut satu deklarasi dengan menyatakan keputusan Kementerian Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah kerana ianya eksklusif kepada agama Islam.

Sementara itu, suasana di luar mahkamah gamat dengan kehadiran lebih 500 wakil dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil parti politik bagi menanti prosiding rayuan kerajaan terhadap status penggunaan Kalimah Allah terhadap Agama Kristian.

0 comments:

Post a Comment