Wednesday, 21 August 2013

Bersatulah Umat Di Atas Nama Allah

Hampir setahun kita dengar isu penggunaan kalimah Allah diperdebatkan, dipolitikkan malah lebih teruk dipermainkan oleh orang yang tidak berperikeagamaan. Sungguhpun perkara ini dilihat baru sahaja mencetuskan fenomena yang mendapat publisiti hebat, namun suka atau tidak kalimah Allah telah pun digunakan pihak gereja bertahun-tahun lamanya.

Di kepulauan borneo (negeri boleh cari sendiri), pihak gereja telahpun mengiktiraf perkataan 'Allah' ditafsirkan untuk menjelaskan 'God' atau 'Christ' di dalam kitab injil. Ramai telah fasih mengenai perihal ini dan ramai juga tidak mengerti situasi yang berlaku. Tidak ketinggalan mereka yang mengendahkannya khususnya bagi umat Islam.

Perkara ini amat mendukacitakan kerana bagi Watan, sebagai umat Islam kalimah Allah harus dipertahankan demi kelangsungan ummah di bumi Malaysia terus kekal terbela.

Pada waktu artikel ini ditulis, Watan kini pasti anak-anak muda yanag teguh dijalan fisabilillah bersiap siaga untuk menentang pergerakan 'The Church' yang mana akan mencabar peruntukan kalimah Allah di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada jam 8.30 pagi ini. (22 Ogos 2013).

Bersuaralah wahai umat. Bersualah demi menegakkan agama agung.

Demi maruah agama dan bangsa di bumi merdeka ini bersamalah kita tentang pergerakan ini.

TAKBIR!!!

0 comments:

Post a Comment